Matomo

Seminar Integriti Di Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Polis Daerah Jasin “Kajian Kes Integriti Di Kalangan Penjawat Awam”

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Seminar Integriti Di Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Polis Daerah Jasin “Kajian Kes Integriti Di Kalangan Penjawat Awam”

Pada 26 Februari 2025 (Rabu), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Seminar Integriti bertajuk “KAJIAN KES INTEGRITI DI KALANGAN PENJAWAT AWAM”. Kursus telah diadakan di bilik Seminar Orkid dan dikendalikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, iaitu DSP Nor Azlinda binti Nordin. Program ini melibatkan seramai (40) orang peserta, diketuai oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Asrul Effandy bin Abdullah, Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan, pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam daripada seluruh institusi penjara negeri Melaka. Penyelaras program ialah INSP. Raffi bin Tuminoh, Ketua Unit Latihan Pusat Koreksional Jasin.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan dan menekankan prinsip moral, disiplin, tanggungjawab dan kredibiliti sebagai penjawat awam. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Timbalan Ketua Polis Daeran Jasin dan semua anggota dan kakitangan yang terlibat.