
Pada 14 hingga 17 Februari 2025 telah berlangsung 2nd ASEAN Regional Correctional Conference (ARCC) 2025 di Four Point Hotel, Puerto Princesa, Palawan , Filipina bertemakan “ Weaving the ASEAN Regional Corrections Identify: Co- creating a Shared Vision of Transformation”. Jabatan Penjara Malaysia yang merupakan Sekretariat ARCC telah berkolabrasi dengan Bureau Of Corrections (BuCor) dan Bureau of Jail Management & Penalogy (BJMP) , Filipina yang merupakan tuan rumah untuk persidangan 2nd ARCC 2025. Persidangan pada kali yang kedua ini telah disertai oleh 10 buah negara Asia Tenggara iaitu, Brunei, Cambodia, Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam, Laos, Indonesia, Filipina dan Timur Leste serta turut disertai oleh pertubuhan antarabangsa antaranya, Kesatuan European Union(EU), UNODC, HMMPS dan Department of Justice, Philippine.
Intipati persidangan adalah membincangkan perkongsian amalan terbaik pengurusan kepenjaraan yang meliputi tajuk-tajuk berikut:
- Best Practices in Decongestion Measures
- Best Practices in Prison Health
- Best Practices in Aftercare and Reintegration
- Building Sustainable and Humane Correctional Practices- addressing Overcrowding in Jails and Prisons
- Promoting Rehabilitation and Countering Security Challenges Corrections
- Preventing and Countering Violent Extremism (PCVE)
- Drug Rehabilitation and Reintegration
- Best Prac6tices in Parole and Probation
- Best Practices in Capacity Building
Malaysia diwakili oleh YBrs. TKJP Tuan Haji Ahmad Faudzi bin Awang selaku Head Of Delegation , PKP Mohd Idlan bin Jamil , Timbalan Pengarah, Bahagian Antarabangsa dan Pemindahan Banduan, TPP Abu Sufian bin Mansoor, Ketua Seksyen Antarabangsa, Bahagian Antarabangsa dan Pemindahan Banduan selaku Sekretariat Malaysia. Pembentang delegasi Malaysia adalah :

Dalam persidangan ini juga telah menyaksikan Malaysia yang diwakili YBrs. TKJP Tuan Haji Ahmad Faudzi bin Awang selaku Head Of Delegation telah menyerahkan replica simbolik ARCC kepada BJMP dan BuCor, Filipina selaku tuan rumah persidangan 2nd ARCC 2025. Bagi ARCC untuk tahun 2026 negara Thailand telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah 3rd ARCC .










