Matomo

Majlis Serah Terima Pemindahan Antarabangsa Banduan

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Pemindahan Antarabangsa Banduan

Majlis Serah Terima Pemindahan Antarabangsa Banduan Malaysia-Brunei Darussalam telah berlangsung di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh, Miri, Sarawak pada 25 Februari 2025. Pemindahan ini melibatkan seorang banduan warganegara Brunei, Jalil bin Paweh (No. SMPP 46-19-00147) yang ditahan di Penjara Miri, Sarawak , telah diserahkan kepada pihak berkuasa Brunei berdasarkan Perjanjian Pemindahan Banduan Antarabangsa antara Kerajaan Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh KP Haji Ajidin bin Salleh , Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia mewakili Komisioner Jeneral Penjara dan Wakil Ketua Pengarah Penjara Brunei – Pmk Hamdhani Mohd Salleh, Pmk Pegawai Memerintah Penjara Mahaburung Fasa 3. Majlis ini juga turut dihadiri TKP Zulia binti Khamis@ Ahmad Kamil, Pengarah Bahagian Antarabangsa dan Pemindahan, Jabatan Penjara Malaysia, TKP Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Negeri Sarawak ,PKK Mohd Talhah bin Hasim, Ketua Unit Perundangan ,Jabatan Penjara Malaysia, Ketua-Ketua Institusi Penjara Sarawak serta wakil dari agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.

Dengan terlaksananya Program Pemindahan Antarabangsa banduan ini yang merupakan julung kali diadakan dalam Jabatan Penjara Malaysia dan kerajaan Malaysia khasnya secara tidak langsung membolehkan banduan menjalani baki hukuman di negara asalnya, sejajar dengan prinsip pemulihan yang lebih dekat dengan budaya dan sokongan sosial di tanah air mereka. Pelaksanaan pemindahan ini adalah hasil Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan yang ditandatangani antara Malaysia dan Brunei Darussalam pada 3 Ogos 2023. Ia selaras dengan Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 (Akta 754), yang membolehkan banduan asing yang layak dipindahkan ke negara asal mereka bagi meneruskan pemulihan dalam sistem keadilan negara sendiri.