Matomo

Program Penyemakan, Penentuan Dan Pengesahan Arah Kiblat Oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka Bagi Blok Penempatan Prospek Pusat Koreksional Jasin, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penyemakan, Penentuan Dan Pengesahan Arah Kiblat Oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka Bagi Blok Penempatan Prospek Pusat Koreksional Jasin, Melaka

24 Februari 2025 (Isnin), Unit Penentuan dan Pengesahan Arah Kiblat dari Jabatan Mufti Negeri Melaka telah melaksanakan lawatan kerja ke Pusat Koreksional Jasin bagi penentuan dan semakan arah kiblat di blok penempatan prospek. Sebanyak (26) bilik prospek, (1) Surau dan (2) ruang solat di perkarangan tengah telah ditentukan arah kiblat dan ditanda dengan penanda arah kiblat Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi memenuhi tuntutan syarat sah solat iaitu menghadap kiblat. Lawatan Kerja dari Pejabat Mufti telah dihadiri oleh Encik Mohamad Fadzli bin Mohd Razi dan Ustaz Mohd Idzwan bin Suludin. Turut serta PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Bahagian Korektif, TPP Rafizi bin Ramli dan TPP Asrul Effandi bin Abdullah, Ketua Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Penjara, Unit Agama Pusat Koreksional Jasin serta kakitangan penjara bertugas. Penyelaras usaha penentuan kiblat ini ialah Ustaz Abdul Lathif bin Ismail dari Pusat Koreksional Jasin. Pihak Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Mufti Negeri Melaka serta semua anggota serta kakitangan yang terlibat.