Majlis Sambutan Israk Mikraj, Nisfu Syaaban dan Ambang Ramadan bagi tahun 1446H / 2025M peringkat Orang DiSelia (ODS) Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah berlangsung pada 21 Februari 2025 (Jumaat), bersamaan 22 Syaaban 1446H. Majlis telah diadakan di Surau Al-Hidayah, Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Pengisian program adalah ceramah agama yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Abd Manap bin Hj Mohamad, dari Jabatan Agama Islam Melaka. Seramai (150) Orang DiSelia (ODS) yang beragama Islam telah mengikuti program yang penuh bermakna ini. Turut serta dalam program ini, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Shaharudin bin Ahmad, Timbalan Pengarah, PP Mohd Rehan bin Khamis, Ketua Bahagian Korektif, TPP Razrin Hamidi dan Ketua Bahagian Keselamatan, TPP Asrul Effandi, TPP Rafizi Ramli serta pegawai Unit Agama dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin. Penyelaras program tersebut ialah Ustaz Abdul Lathif bin Ismail. Objektif program adalah untuk memperingati dan menanam semangat kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW serta menyemai nilai-nilai murni kepada ODS dengan akhlak dan sunnah yang dibawa oleh baginda melalui peristiwa Isra’ Mikraj dan menghayati ibrah serta kelebihan bulan Syaaban dan Ramadan yang bakal kunjung tiba.










