Matomo

Program Outreach Melibatkan Orang Diselia (ODS) Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Diantara Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kelubi Jasin, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Melibatkan Orang Diselia (ODS) Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Diantara Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kelubi Jasin, Melaka

Pada 19 Februari 2025 (Rabu), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Program Outreach gotong royong menebang pokok besar serta membersihkan kawasan berhampiran jalan raya di Kampung Kelubi Jasin, Melaka yang melibatkan (8) kakitangan dan seramai (14) Orang Diselia (ODS). Majlis Perbandaran Jasin, SWM Enviroment SB dan penduduk Kampung yang diketuai oleh Encik Samad bin Majid selaku Pengerusi Jawatankuasa Kampung turut hadir. Dengan penganjuran Program Outreach ini dapat memberi pendedahan kepada ODS untuk bergaul serta menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat . Turut hadir, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Bahagian Korektif Pusat Koreksional Jasin ,TPP Asrul Effandi bin Abdullah, TPP Rafizi bin Ramli dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin. Penyelaras program ialah INSP Azhar bin Ismail. Majlis disempurnakan dengan kehadiran YB Datuk Khaidhirah binti Abu Zaha dari DUN RIM. Pihak Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.