Matomo

Majlis Perasmian Aktiviti Tanaman Rock Melon Menggunakan Kaedah Sistem Fertigasi Melalui Program Sejati Madani Di Pusat Koreksional Jasin, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Aktiviti Tanaman Rock Melon Menggunakan Kaedah Sistem Fertigasi Melalui Program Sejati Madani Di Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 19 Februari 2025 (Rabu), Pusat Koreksional Jasin, telah mengadakan Majlis Perasmian Aktiviti Tanaman Rock Melon Menggunakan Kaedah Sistem Fertigasi melalui Program Sejati Madani. Program Sejati Madani ini antara inisiatif baru kerajaan bagi membantu rakyat menambah pendapatan melalui persatuan yang berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Persatuan Penduduk Kuarters Pusat Koreksional Jasin (PPKPKJ) yang berdaftar dibawah Pertubuhan telah memohon dana bagi Program Sejati Madani untuk Aktiviti Tanaman Rock Melon. Majlis Perasmian Tanaman Rock Melon ini telah disempurnakan oleh TKP Rosman bin Norman@Normin, Pengarah Penjara Negeri Melaka bersama Encik Muhammad Shahrul Hafidz bin Ab. Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah bagi mewakili Pegawai Daerah Jasin. Hadir sama pada majlis perasmian tersebut, Encik Mohammad Ashshabru Syakirin bin Kamsol, Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Negeri Melaka, PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Manakala TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Bahagian Korektif Pusat Koreksional Jasin, merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Kuarters Pusat Koreksional Jasin. TPP Asrul Effandi bin Abdullah, TPP Rafizi bin Ramli, kakitangan Pusat Koreksional Jasin dan Ahli Penduduk Persatuan Kuarters turut sama menghadiri program. Dalam majlis ini  diadakan simbolik memotong buah rock melon terus dari pokok kemudian bergambar di papan tanda tanaman dan menandatangani buku pelawat. Antara objektif dan tujuan aktiviti tanaman rock melon ini dilaksanakan adalah bagi memastikan ahli-ahli persatuan dan ahli keluarga mempunyai aktiviti serta mempelajari ilmu tanaman moden disamping memupuk minat untuk menceburi bidang tanaman. Selain itu program tanaman ini melibatkan Orang DiSelia (ODS) bagi memastikan setiap ODS yang terlibat mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tanaman buah khususnya untuk Rock Melon.