Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Pihak Jabatan Penjara Malaysia yang diketuai oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA, TPP Fandika bin Safruddin dan Insp. Agenarous Lazarus bersama beberapa orang pegawai daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu telah mengadakan lawatan ke Pelabuhan Bintulu bagi meninjau tapak untuk tujuan operasi pemindahan banduan melalui kapal APMM. Selain itu, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA juga turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Zon Maritim Bintulu bagi mengeratkan lagi hubungan serta membincangkan perkara yang berkaitan kolaborasi dan aktiviti antara dua jabatan.










