Matomo

Kejohanan Petanque Penjara Sarawak Tahun 2025

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Petanque Penjara Sarawak Tahun 2025

Pada 8 – 9 Februari 2025, telah diadakan Kejohanan Petanque Penjara Sarawak Tahun 2025 yang telah dikelolakan oleh Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA bertempat di Arena Petanque Jepak, Bintulu dalam kategori berpasukan dan beregu terbuka. Sebanyak enam (6) pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini iaitu Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA (A), Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA (B), Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Sibu, Penjara Pusat Miri dan Penjara Limbang. Kejohanan ini merupakan platform untuk mencungkil bakat kakitangan Penjara Sarawak dan sekaligus dapat mewakili Penjara Sarawak dalam kejohanan petanque peringkat Jabatan Penjara Malaysia yang akan dilangsungkan pada bulan Februari 2025. Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:

Johan : Penjara Pusat Sibu
Naib Johan: Penjara Pusat Sri Aman
Ketiga : Penjara Limbang
Keempat : Penjara Pusat Miri
Kelima : Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA (A)
Keenam : Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA (B)