Pada 18 Februari 2025 (Selasa), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera sempena Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri (MSPM) Tahun 2025 – Petanque. Majlis telah disempurnakan oleh PKK Walace Anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor. Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan ahli yang mewakili Pasukan Petanque Penjara Negeri Johor dan penyampaian kata-kata semangat kepada pasukan agar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa menyertai kejohanan yang akan diadakan di Sarawak. Turut hadir menjayakan majlis, PP Muhamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan, TPP Abd Ghani Bin Salleh dan Pasukan Petanque Penjara Negeri Johor.










