Pada 18 Februari 2025 (Selasa), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL Fast Track) di Penjara Kluang, Johor. Objektif pelaksanaan PBSL Fast Track adalah bertujuan untuk memberikan keistimewaan kepada prospek bagi merapatkan hubungan kekeluargaan, mencari peluang pekerjaan dan perancangan masa hadapan bersama komuniti masyarakat serta mengurangkan kesesakan di penjara. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TKP Mohamad Bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir TKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Kluang, PKK Walace Anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, DSP Jody Anak Helson Wright, Pegawai Turus Perundangan IPK Johor, Tuan Zulkarnain Bin Mohammad, Penolong Pengarah AADK Negeri Johor, En. Fauzi Adam Bin Sungip, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Puan Rohana Binti Wan Omar Fadzil, Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor dan PP Rahmat Bin Abdullah, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti PPN Johor.










