Selangor, 19 Feb 2025 (RABU) - YBhg. KJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar Kesedaran Artificial Intelligence (AI) Bagi Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang diadakan di The Mines Resort, Seri Kembangan, Selangor.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. TKJP (Pengurusan) Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman selaku Chief Digital Officer (CDO) Jabatan Penjara Malaysia.
Seminar anjuran Bahagian Teknologi Maklumat, IPPM yang diterajui oleh Timbalan Pengarah BTM, PKK Helmi bin Abd Zamani telah diadakan merangkumi 5 sesi melibatkan pembentangan dari wakil Jabatan Digital Negara (JDN) iaitu YBrs. Dr Noor Hasliza binti Mohd Hassan (Prinsipal Asisstant Director) dan wakil-wakil agensi luar. Pelbagai agenda melibatkan Hala Tuju Ai, Etika Ai dan Technology Update yang boleh dilaksanakan dalam jabatan dalam menyahut hasrat kerajaan untuk memberi pendedahan dan memperluaskan penggunaan AI untuk Jabatan Penjara Malaysia khususnya.










