Kuala Lumpur, 18 Februari 2025 - Bertempat di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri kepada YBhg. KJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.
Turut hadir majlis ini ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, YBrs. KP Hafidz bin Othman, Pengarah Bahagian Korektif, TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme dan TKP Rosoman bin Abu Bakar@Che Din, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan.










