Matomo

Program Outreach Korektif Prospek Sempena Tahun Baru Cina 2025 Untuk Orang Diselia (ODS) Di Pusat Koreksional Jasin, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Korektif Prospek Sempena Tahun Baru Cina 2025 Untuk Orang Diselia (ODS) Di Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 11 Februari 2025 (Selasa), telah diadakan Program Outreach Korektif Prospek Sempena Tahun Baru Cina 2025 Peringkat Orang Diselia (ODS) di  Pusat Koreksional Jasin. Program ini dirasmikan oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin bersama PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak , Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan, Pegawai Perubatan dan Encik Muhamad Idwan bin Maming, Pegawai Psikologi. Program turut dihadiri penyelaras dari Persatuan Pusat Perkhidmatan Geha Bodhi yang diketuai oleh, Encik Ng Kee Ho bersama Encik Wong Chee Kang dan (2) wakil dari persatuan tersebut. Program ini turut dihadiri seramai (18) ODS  serta kehadiran (7) keluarga. Penyelaras program ialah KIP Mohd Rizuan bin Osman. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan dan membentuk sokongan sosial dari NGO yang berkolaborasi dengan Pusat Koreksional Jasin demi memberi sokongan moral berterusan kepada ODS. Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada semua anggota dan kakitangan yang terlibat menjayakan program ini.