Matomo

Perbincangan Dan Lawatan Dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Ke Penjara Seremban

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbincangan Dan Lawatan Dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Ke Penjara Seremban

Pada 12 Februari 2025 (Rabu) Penjara Seremban telah menerima Lawatan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan yang diketuai oleh YAA Dato’ Kamal Bashah Bin Ahmad Tajuddin Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan bersama 32 orang pegawai termasuk Hakim dari setiap Daerah Negeri Sembilan. Lawatan tersebut telah disambut oleh PKK Ahmad Mustaqim Bin Che Bisi Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Mohd Haniff Bin Che Omar Pengarah Penjara Seremban bersama pegawai-pegawai kanan.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan pelaksanaan program yang dijalankan di Penjara Seremban. Aturcara bermula dengan taklimat ringkas diberikan oleh Pengarah Penjara Seremban. Seterusnya, melawat ke bengkel dan blok penempatan untuk tujuan sesi perkongsian dan pendapat. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kenangan daripada Penjara Seremban.