Pada 05 Februari 2025 (Rabu), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Program Outreach gotong-royong di sekitar kawasan Sekolah Rendah Agama JAIM Bandar Merlimau, Melaka. Program ini melibatkan seramai (8) kakitangan dan (20) Orang Diselia (ODS).Dengan penganjuran Program Outreach ini dapat memberi pendedahan kepada ODS untuk bergaul serta menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat . Turut hadir ,Puan Nor Aini bin Salim, Guru Besar SRA JAIM Bandar Merlimau,Puan Siti Noraini binti Yahya, wakil PIBG SRA JAIM Bandar Merlimau , KIP Mohd Rizuan bin Osman, Ketua Seksyen Pemulihan Pusat Koreksional Jasin dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin. PKP Shaharudin bin Ahmad , Pengarah Pusat Koreksional Jasin turut hadir bagi menyokong dan memberi galakkan mengenai program Outreach ini. Pihak Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.










