Pada 03.02.2025 (Isnin), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin iaitu Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan. Majlis Perbandaran Jasin turut diwakili oleh Ir. Ts. Mohammad Hiriddin bin Hisham, Pengarah Kejuteraan dan Puan Fauziah binti Jahimin, Pegawai Kesihatan Persekitaran. Tujuan lawatan ialah untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam perkhidmatan Florikultur yang memberi faedah kepada kedua dua belah pihak. YDP Majlis Perbandaran Jasin menyambut baik cadangan kolaborasi ini. Pusat Koreksional Jasin diwakili oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Reham bin Khamis, Timbalan Pengarah, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Asrul Effandi bin Abdullah, KIP Abdul Hayy bin Md. Ghaus dan bersama (5) orang pegawai dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin. Penyelaras lawatan ialah Encik Muhammad Shukri bin Roslan, Penolong Pegawai Perubatan, Pusat Koreksional Jasin yang membentangkan perincian program. Pusat Koreksional Jasin merakamkamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Majlis Perbandaran Jasin dan semua kakitangan Pusat Koreksional Jasin yang terlibat merealisasikan cadangan kerjasama ini.










