Pada 4 Februari 2025, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Melaka telah mengadakan Lawatan Pemantauan Tapak Projek Tanaman Bawang Merah (Shallot) di Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Turut hadir YBrs. Tuan Haji Abd Razak bin Said, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Melaka, Puan Siti Munirah binti Mohamed Noor, Ketua Unit Pengeluaran dan Perniagaan, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Melaka,bersama (2) pegawai dari Lembaga Pertubuhan Peladang Daerah Jasin. Pusat Koreksional Jasin, Melaka diwakili oleh PP Mohd Rehan bin Hj Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abd Razak dan TPP Asrul Effandi bin Abdullah.
Taklimat berkaitan kemajuan Projek Tanaman Bawang Merah (Shallot) di Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah disampaikan oleh PP Mohd Rehan bin Haji Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka.
Adalah menjadi harapan dengan kerjasama strategik ini akan memberikan impak yang signifikan kepada Orang DiSelia (ODS) untuk terus mendapat latihan kemahiran dan menyokong industri berasaskan agro serta inisiatif kepada kelestarian sekuriti makanan Negara.










