Pada 23 Januari 2025 (Khamis) Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam telah diadakan Dialog Bulanan bersama kakitangan. Majlis turut dihadiri Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota Lain-Lain Pangkat serta Kakitangan Awam. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negeri Johor, Lagu Negaraku, Lagu Jabatan, Bacaan Doa dan diteruskan dengan sesi dialog bersama dari Timbalan Komisioner Penjara Mohd Farid Bin Kassim Pengarah Penjara Simpang Renggam. Majlis berakhir dengan penyampaian Sumbangan Bantuan Kasih Negeri Johor, Bantuan anak OKU dari Persatuan Pegawai Penjara Malaysia, acara cabutan bertuah dan sesi bergambar bersama semua anggota kakitangan yang hadir.










