Pada 21 Januari 2025 (Selasa), Pusat Koreksional Jasin dan Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin telah bekerjasama mengadakan Kursus Kemahiran Jangka Masa Panjang Projek Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Khas kepada ODS, Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Kursus ini bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan peluang kepada ODS yang terlibat didalam proses penanaman dan penyediaan cendawan tiram secara efektif. Kursus ini telah diadakan di Projek Cendawan Tiram Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin dan akan diadakan pada setiap hari Selasa sehingga 25 Mac 2025. Turut hadir semasa lawatan adalah TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Bahagian Korektif Pusat Koreksional Jasin dan TPP Asrul Effandi bin Abdullah ,Ketua Unit Keselamatan Pusat Koreksional Jasin. Turut hadir Encik Asna Nazifi bin Abd Aziz, Pengurus Projek Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin. Pihak Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.










