Program Smart Solat @ Surau Al-Hikmah Penjara Taiping 2025 telah diadakan pada hari Sabtu, 04 Januari 2025. Antara pengisian program ialah Ceramah Kepentingan Solat, Tahsin Surah Al-Fatihah, Praktikal Wuduk, Praktikal Tayammum dan Praktikal Solat yang dilakukan secara berkumpulan.
Ceramah Kepentingan Solat telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Izafri bin Ahmad, Pakar Motivasi Kanak-kanak Islam manakala Sesi Praktikal Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dikendalikan oleh Pegawai-pegawai Agama Penjara Taiping dan Guru KAFA SRAR Taufiqiyah Penjara Taiping.
Penyampaian Hadiah dan Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh PKK Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Taiping yang hadir sama sejak program bermula sehingga program berakhir. Program ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang dan melibatkan seramai 56 orang anak-anak kakitangan Penjara Taiping yang berumur 8 hingga 16 tahun.










