Pada 9 Januari 2025 (Khamis), Pemantauan Pengurusan Rawatan Di Pusat Koreksional Jasin telah diadakan dengan diketuai oleh TKP Murali a/l Rajoo, Timbalan Pengarah Bahagian Korektif (Seksyen Rawatan dan Layanan), IPPM, Dr. Hanis Syazwana binti Sharaidin dan Puan Zailawati binti Zakaria dari IPPM. Pasukan pemantauan disambut oleh Dr. Mahdzan bin Mazelan (Pegawai Perubatan di Pusat Koreksional Jasin), TPP Asrul Effandi bin Abdullah bersama pembantu perubatan dan pegawai farmasi di Pusat Koreksional Jasin. Lokasi pemantauan ialah di Klinik Penjara, dapur dan blok penempatan banduan. Secara keseluruhan prestasi penilaian rawatan dan kebersihan adalah berada di tahap yang baik. Turut bersama menyambut pasukan pemantauan ialah Pengarah Penjara Negeri Melaka iaitu TKP Rosman bin Norman@Normin dan PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada pasukan Pegawai perubatan di Pusat Koreksional Jasin, anggota serta kakitangan yang terlibat.










