24 Disember 2024(Selasa) Penjara Bentong telah menerima lawatan daripada Y.Bhg Datuk Dr Abdul Gapar Bin HJ Abu Bakar Timbalan Ketua Setiausaha(Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri. Kehadiran disambut oleh KP Zainah Binti Pardi Pengarah Parol Dan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia dan TKP Suhaizak Bin Ab. Wahab Pengarah Penjara Bentong. Lawatan ini melibatkan lawatan ke bengkel-bengkel kemahiran di Penjara Bentong. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi semangat kepada Prospek untuk meneruskan mempelajari kemahiran yang telah disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka ada apabila bebas kelak.