| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani Sempena Perayaan Hari Krismas Tahun 2024

19 Disember 2024 (Khamis) Bertempat di Dewan Melati Penjara Penor telah mengadakan Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani Sempena Perayaan Hari Krismas Tahun 2024 Peringkat Penjara Negeri Pahang yang melibatkan Enam (06) Penghuni dari Penjara Penor dan Lapan (08) Penghuni dari Penjara Bentong. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada penghuni penjara untuk menjalani hukuman di luar penjara khususnya bersama keluarga dan juga bekerja bersama majikan. Program ini telah disempurnakan oleh PKK Mat bin Yaacob, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pahang dan telah disaksikan oleh PKK Raja Mohd Amazon bin Raja Daud, Pengarah Penjara Penor turut hadir pegawai-pegawai kanan dan anggota dari Penjara Negeri Pahang.