| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tanaman Makanan Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA Dengan Kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Pada 5 Disember 2024 (Khamis), Seksyen Vokasional & Industri institusi dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah mengadakan Program Tanaman Makanan iaitu golden melon secara fertigasi yang diketuai oleh Ts. Dr. Shiamala Devi a/p Ramaiya. Ini merupakan modul yang terakhir (Modul 6) sejak program ini dilaksanakan bermula pada 9 Oktober 2024 yang lalu. Seramai 20 orang prospek dan 3 kakitangan telah terlibat secara langsung dalam program ini. Antara modul yang telah dijalankan ialah Pengurusan dan Pengiliran Tanaman Sayur Bernilai Tinggi (Modul 1), Asas Penanaman Secara Hidroponik (Modul 2), Pembuatan Baja Kompos Daripada Sisa Dapur/ Pertanian (Modul 3), Pengurusan Perosak Bersepadu (Modul 4), Pengendalian Lepas Tuai Hasil Tanaman: Penanaman Ubi Vitato (Modul 5).