| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Pengarah Penjara Negeri Sarawak Ke Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 5 Disember 2024 (Khamis), TKP Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Tujuan lawatan pada kali ini adalah untuk meninjau  tapak untuk pembinaan kuarters kakitangan baharu di bawah projek Rolling Plan Satu Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP1 RMKE-13) Tahun 2026. Pada kesempatan itu juga telah diadakan Executive Talk Pengarah Penjara Negeri Sarawak bersama kakitangan institusi ini. Antara pengisiannya ialah Pemakaian Pangkat kepada 4 orang anggota Sarjan dan Koperal (TBK) dan sesi dialog yang telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA serta 40 pegawai dan kakitangan.