Matomo

Program Kesejahteraan Dan Sokongan Psikologi Anggota Unit Kawalan & Pencegahan (UKP) Anjuran Akrab Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kesejahteraan Dan Sokongan Psikologi Anggota Unit Kawalan & Pencegahan (UKP) Anjuran Akrab Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 26 November 2024 (Selasa), AKRAB institusi telah melaksanakan Program Kesejahteraan dan Sokongan Psikologi Anggota Unit UKP Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA bertempat di Bukit Setiam, Tatau, Bintulu. Program ini telah disertai seramai 26 orang yang terdiri daripada anggota UKP dan turut disertai beberapa orang Pegawai Kanan, kakitangan awam serta Pengarah Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA, PKP Zakaria bin Mat Jusoh. Aktiviti ini merupakan program kecergasan disamping dapat membentuk semangat kerja berpasukan, meningkatkan kecergasan minda, emosi, jasmani, spiritual, dan moral. Program dimulakan dengan aktiviti berjalan kaki mendaki Bukit Setiam (503 M) sejauh 22 KM yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.