Matomo

Program Jalinan Kasih Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2024

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2024

25112024 | RABU : Seramai 31 prospek dan 124 ahli keluarga telah diraikan dalam Majlis Jalinan Kasih Deepavali di Dewan Terbuka,  Penjara Kajang. Majlis telah disempurnakan oleh TKP Haji Preshahdin Bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang diiringi Ketua Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Penjara, PKP Tze Khee Shoon, Ketua Bahagian Korektif & Pemasyarakatan, PP Mohd Fairoz B.  S. Daly dan pegawai-pegawai Penjara Kajang. Majlis turut dihadiri oleh Encik Alagandran A/L Sevasamy dan Dr.Vikneswaran A/L Munikanan daripada Malaysia Hindu Sangam. Dalam ucapan perasmian, Ydh.  Pengarah menegaskan bahawa suasana dan nikmat sambutan Deepavali harus dinikmati oleh semua penganut Hindu termasuk prospek, meskipun terkurung di penjara dengan persekitaran yang berbeza. Jabatan Penjara sentiasa berusaha menyediakan pelbagai program Pemulihan untuk memastikan prospek kembali kepada masyarakat dengan baik dan ianya menjadi peluang kedua kepada mereka. Beliau juga menyifatkan usaha seumpama ini akan menyemarakkan lagi transformasi Jabatan Penjara Malaysia sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (CHCDC).