Matomo

Program Tautan Kasih Prospek Penjara Kajang Siri 3/2024

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tautan Kasih Prospek Penjara Kajang Siri 3/2024

28112024 | KHAMIS : Seksyen Pemulihan, Penjara Kajang telah menganjurkan Program Tautan Kasih Prospek Penjara Kajang Siri 3/2024 bertempat di Dewan Terbuka, Penjara Kajang. Seramai 65 ahli keluarga dan 20 prospek yang menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (TLS), Banduan Akhir (BA) dan Peringkat Khas yang lahir pada bulan Mei hingga Disember telah diraikan dalam program ini. Program ini telah disempurnakan oleh YDH. TKP Haji Preshahdin Bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Penjara, PKP Tze Khee Shoon dan TPP Faidzull Fahmi Bin Azizan selaku Ketua Seksyen Pemulihan serta TPP Mohd Fakhrullah Bin Mohamed Ghazali.

Ucapan YDH. Pengarah Penjara Kajang telah menegaskan bahawa sokongan dan kehadiran keluarga secara bersemuka atau perhubungan melalui pelbagai kaedah lain yang telah disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia adalah "Modal Kepulihan" kepada prospek untuk kekal pulih dan mampu menjalani setiap hukuman yang telah ditetapkan.YDH. Pengarah dan tetamu jemputan juga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan ahli keluarga yang hadir. Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian "Selamat Hari Lahir" kepada prospek yang diraikan serta persembahan nyanyian daripada prospek. Program seumpama ini akan menyemarakkan lagi transformasi Jabatan Penjara Malaysia sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (CHCDC).