Matomo

Program Khidmat Sosial Membersihkan Kuarters Peladang Kampung Kelubi, Jasin, Melaka Yang Dilanda Banjir Dengan Penglibatan Anggota Dan Orang Diselia Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khidmat Sosial Membersihkan Kuarters Peladang Kampung Kelubi, Jasin, Melaka Yang Dilanda Banjir Dengan Penglibatan Anggota Dan Orang Diselia Pusat Koreksional Jasin Melaka

22 November 2024 (Jumaat), seramai 11 Orang Diselia (ODS) dan 6 kakitangan Pusat Koreksional Jasin telah terlibat dalam Program Khidmat Sosial bagi membantu membersihkan kawasan perumahan Kuarters Peladang Kg Kelubi, Jasin yang dilanda banjir. Misi ini merupakan sebahagian daripada usaha murni institusi ini dalam membantu masyarakat yang terkesan akibat banjir besar yang melanda kawasan Kg Kelubi, Jasin. Program diketuai oleh KIP Mohd Amin bin Daud bersama beberapa anggota dan penduduk Kuarters Peladang. Semoga usaha dan semangat kesukarelawan ini terus subur di kalangan anggota dan ODS terutamanya dan menjadi aspirasi kepada semua pihak agar terus berbakti kepada masyarakat. Pihak pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua anggota yang terlibat dalam usaha murni ini.