Pada 21 November 2024 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Program Outreach gotong royong menanam pokok hiasan dan landskap bertempat di Dataran Kampung Kelubi, Jasin, Melaka melibatkan kakitangan dan seramai (12) Orang Diselia (ODS). Majlis Perbandaran Jasin dan penduduk Kampung Kelubi yang diketuai oleh Encik Samad bin Majid selaku Pengerusi Jawatankuasa Kampung Kelubi turut hadir. Dengan penganjuran Program Outreach ini dapat memberi pendedahan kepada ODS untuk bergaul serta menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat . Turut hadir ,Y.B Datuk Khaidhirah binti Abu Zahar, DUN Rim, Encik Zulkifli bin Khalil, Setiausaha Japerun Rim, PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Unit Korektif, Pusat Koreksional Jasin dan Ustaz Abdul Lathif bin Ismail dari Pusat Koreksional Jasin. Penyelaras program ialah INSP Mohd Rizuan bin Osman.










