Matomo

Kursus Kecergasan : Pendakian Bukit Gapis @ Gunung Melaka Anjuran Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Kecergasan : Pendakian Bukit Gapis @ Gunung Melaka Anjuran Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 20 November 2024 (Rabu), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Kursus Kecergasan :Pendakian Bukit Gapis @ Gunung Melaka bertempat di mukim Nyalas, Melaka. Bukit Gapis berketinggian sekitar 489 meter. Program ini melibatkan seramai 20 orang peserta. Program dihadiri pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam. Dipimpin oleh Encik Mohd Arif bin Hamid dan Encik Mazlan bin Omar (Malim Gunung) Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal peserta, meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot melalui aktiviti memanjat bukit.

Meningkatkan fleksibiliti dan keseimbangan badan, membangunkan kemahiran kepimpinan dan kerjasama serta menggalakkan kerjasama antara peserta melalui aktiviti berkumpulan.

Program turut dihadiri Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Ketua Unit Keselamatan dan Ketenteraman Penjara, TPP Asrul Effandy bin Abdullah serta penyelaras program ialah INSP Raffi bin Tuminoh.