Matomo

Mesyuarat Penyelarasan Pengoperasian Stesen Parol Daerah (SPD) Bagi Daerah Kulai, Pontian, Tebrau Dan Tangkak Johor Bersama Jabatan Rela Negeri Johor

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Penyelarasan Pengoperasian Stesen Parol Daerah (SPD) Bagi Daerah Kulai, Pontian, Tebrau Dan Tangkak Johor Bersama Jabatan Rela Negeri Johor

26 November 2024 (Selasa) – Mesyuarat Penyelarasan Pengoperasian Stesen Parol Daerah (SPD) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Parol Daerah Johor Bahru, Kompleks KDN Setia Topika Johor Bahru. Agenda perbincangan bersama Jabatan RELA Negeri Johor adalah berfokus kepada hala tuju Jabatan, Penyediaan Laporan Pra Pelepasan, Pemantauan dan Seliaan, Dokumentasi dan Pelanggaran Syarat, Mencari Peluang Pekerjaan, Pelaksanaan Program Intervensi dan Pengurusan Kenderaan. Kedua-dua pihak bersetuju pengoperasian SPD baharu bagi Daerah Kulai, Pontian, Tebrau dan Tangkak akan bermula pada 02 Disember 2024.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TKP Mohamad Bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir PKK Walace Anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, PPjKR Ganesan a/l Selvam, Timbalan Pengarah RELA Negeri Johor, PP Rahmat Bin Abdullah, Ketua Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor, Pegawai-Pagawai Parol Daerah Negeri Johor dan Pegawai-Pegawai RELA Daerah Negeri Johor.