Pada 21 November 2024 (Khamis), Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA telah menganjurkan Program Minggu Kerjaya dan Keusahawanan Tahun 2024. Antara agensi yang terlibat dalam program ini ialah Tekun Nasional Bintulu, Pejabat MARA Daerah Bintulu, Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, Pejabat Tenaga Kerja Bintulu, Jabatan Pertanian Bintulu, Farley Mini Market Bintulu dan Unit Kebajikan Institusi. Program telah dimulakan dengan dengan ceramah berkaitan CHCDC yang telah disampaikan oleh KIP James Endah anak Duan, Ketua Unit Latihan Institusi dan Ceramah: Kesedaran Pentingnya Pekerjaan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Awissolqani bin Abdul Razak, Pegawai Psikologi Institusi, disusuli taklimat ringkas serta pameran kerjaya oleh agensi yang terlibat. Objektif penganjuran program ini adalah sebagai persediaan kepada prospek sebelum dibebaskan agar dapat merancang dan memilih kerjaya yang bersesuaian serta dapat mengenal pasti sumber-sumber yang dapat membantu mereka kelak. Program telah dihadiri seramai 50 orang prospek Fasa 2 dan Fasa 3 dan turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar.