21112024 l Khamis : Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Prospek Penjara Kajang 2024 telah diadakan di Dewan A/B Penjara Kajang dengan kerjasama Malaysian Care dan Jabatan Farmasi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Program telah disempurnakan dengan ucapan pembukaan oleh TKP Haji Preshahdin Bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang yang menegaskan agar usaha mengawal dan merawat jangkitan HIV perlu digerakkan secara kolaboratif daripada pelbagai pihak. Program diteruskan dengan ceramah kesedaran dalam menguruskan penggunaan perubatan dengan teratur oleh Yang Berusaha puan Nur Ain Binti Rosli Ahmad, Puan Nurul Hidayah Binti Mahamud dan Puan Shubathira A/P Sooriamoorthy. Gimik sokongan sambutan hari AIDS Sedunia ke 36 telah disempurnakan bersama Cik Poh Siew Lin, En, Sam Lim dari Malaysian Care dan KIP Mohd Shahril Bin Yahaya, Ketua Unit PPI, Penjara Kajang. Seramai 110 orang prospek bersama dalam program ini.