| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pengurusan Stress Kesihatan Mental Dan Eksplorasi Taman Negara Lambir, Miri, Sarawak Bagi Kakitangan Pusat Koreksional Bintulu / PPK/ PPA

Pada 31 Oktober 2024 (Khamis), telah diadakan Program Pengurusan Stress Kesihatan Mental dan Eksplorasi Taman Negara Lambir, Miri, Sarawak bagi kakitangan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA anjuran AKRAB dan Unit Psikologi & Kaunseling institusi dengan kerjasama Sarawak Foresty Corporation. Program yang bermula pada jam 7.00 pagi ini melibatkan 30 orang kakitangan yang turut dihadiri oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Objektif penganjuran program ini adalah meningkatkan tahap kecerdasan mental dan kecergasan fizikal disamping dapat memupuk semangat kerja berpasukan serta keyakinan diri melalui aktiviti luar. Program ini juga menepati jadual tahunan institusi yang melibatkan semua kakitangan (AKRAB).