| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Pejabat Imigresen Bahagian Bintulu Ke Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 21 Oktober 2024 (Isnin), pihak Pejabat Imigresen Bahagian Bintulu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA yang diketuai oleh Datu Karno bin Datu Omar, Ketua Imigresen Bahagian Bintulu bersama 3 pegawai yang lain. Objektif kunjungan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama disamping membincangkan pelbagai isu yang yang berkaitan. Dalam kunjugan tersebut, mereka telah dibawa untuk melawat ke Bengkel Tenun bagi melihat proses dan kerja-kerja menenun sambil mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh pihak institusi mahupun Jabatan Penjara Malaysia.