Pada 24 Oktober 2024 (Khamis), institusi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri, Negeri Sarawak. Kunjungan ini diketuai oleh Encik Asydidi bin Hamzah, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan dan turut disertai seramai 3 pegawai yang lain. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membina hubungan dan juga memperkenalkan fungsi serta peranan Bahagian ini disamping membincangkan skop penguatkuasaan dengan melibatkan kerjasama daripada pihak Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Dalam kunjugan tersebut, mereka telah dibawa untuk melawat ke Bengkel Tenun bagi melihat proses dan kerja-kerja menenun sambil mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh pihak institusi mahupun Jabatan Penjara Malaysia.