Pulau Pinang | 4 November, 2024, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Pemakaian Pangkat, Peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Kelab Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YDH PKK Abd. Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dengan kehadiran seramai 80 orang kakitangan yang terdiri daripada kakitangan berunifom dan awam. Di dalam ucapan oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, beliau menyeru kepada semua warga penjara khasnya di Pulau Pinang agar terus mengekalkan rentak kecemerlangan dan meneruskan momentum prestasi yang positif serta terus memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang masa. Selain itu, beliau menyarankan agar semua warga penjara bergerak sebagai sebuah pasukan, dalam memastikan agenda transformasi jabatan dapat direalisasikan dengan jayanya dalam memastikan misi Jabatan Penjara Malaysia sebagai “Peneraju Perkhidmatan Korektif” tercapai sepenuhnya. Majlis ini turut dihadiri oleh PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai dan PKP Ahmad Kamarudin bin Yaakob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.