Pada 26 Oktober 2024 (Sabtu) bertempat di Padang Bola Sepak Penjara Simpang Renggam telah diadakan Program Hari Keluarga dan Hari Sukan Negara Tahun 2024 peringkat Penjara Simpang Renggam. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Komisioner Penjara Rahmat Bin Abdul Rani Pengarah Penjara Simpang Renggam bersama Penguasa Penjara Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan, Timbalan Penguasa Penjara Abd Ghani Bin Salleh, anggota kakitangan serta ahli keluarga. Majlis dimulakan dengan gimik perasmian, Senam Aerobik, Perlawanan Akhir Bola Sepak, Sukaneka bersama keluarga dan Cabutan Bertuah. Selain itu, terdapat juga permainan yang disediakan untuk ahli keluarga seperti Supa Dupa Air, Memanah, Menjaring Ikan perhiasan dan Mini Zoo. Kemuncak acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi aktiviti sukan yang dilaksanakan sempena Hari Sukan Negara, hadiah pertandingan sukanek, hadiah cabutan bertuah utama dan sesi bergambar.