| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pemeriksaan Tibi Dan Mobile Chest X-Ray Kepada Orang Diselia (ODS) Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Di Pusat Koreksional Jasin,Melaka

Pada 29 Oktober 2024  (Selasa), telah diadakan program pemeriksan TIBI dan X-Ray kepada Orang Diselia (ODS)  di Pusat Koreksional Jasin. Program ini adalah kolaborasi diantara Pegawai Perubatan Pusat Koreksional Jasin dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Program ini juga menggunakan khidmat pengimejan X-Ray secara bergerak daripada Twin Tower Medical Centre KLCC Sdn. Bhd. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah diketuai oleh Dr. Nurzaimah binti Zainal ( Pakar Perubatan Kesihatan Awam) bersama 4 pegawai perubatan yang lain. Pegawai perubatan tersebut telah disambut oleh PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan Pegawai Perubatan Pusat Koreksional Jasin, Encik Muhammad Syafiq bin Mat Ghani, Pegawai Farmasi Pusat Koreksional Jasin dan Encik Muhammad Shukri bin Roslan, Penolong Pegawai Perubatan Pusat Koreksional Jasin. Pihak pengurusan Pusat Koreksional Jasin amat menghargai jasa baik Jabatan Kesihatan Negeri Melaka untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada ODS.