| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Advokasi Lain-Lain Agama Zon Utara (Pusat Koreksional Perlis) Tahun 2024

Pada 24 Oktober 2024 ( Khamis ) Unit Pemulihan dan Pendidikan, Pusat Koreksional Perlis telah menganjurkan Program Advokasi Lain-Lain Agama. Program ini merupakan program kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dengan Pertubuhan Malaysia Hindu Sangam Negeri Perlis yang melibatkan prospek dibawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di Dewan Aktiviti Prospek, Pusat Koreksional Perlis sebagai pengelola program zon utara. Program ini melibatkan seramai 56 orang prospek.

Penceramah jemputan program tersebut adalah Dr.Sathest A/L Periyasamy Pengerusi Pertubuhan Hindu Sangam Negeri Perlis dan dihadiri oleh Timbalan Penguasa Penjara TPP Muhammad Hazmi bin Abu Hassan, KIP Rosmainy bin Ramli serta wakil dari Unit-unit lain. Objektif program ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada prospek lain-lain agama serta dapat membantu memberi pemikiran yang dapat mengimplementasikan moderasi beragama dalam kehidupan masyarakat.