Pada 21 Oktober 2024 (Isnin), satu Audit Silang MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Pusat Koreksional Jasin, Melaka bagi Institusi Penjara Negeri Melaka yang diketuai oleh PP Norul Hisyam bin Ismail dari Pejabat Penjara Negeri Melaka bersama (3) Pegawai Kanan dari Penjara Sungai Udang, Melaka dan telah disambut oleh PKP Shaharudin bin Ahmad Pengarah Pusat Koreksional Jasin bersama TPP Razrin Hamidi bin Abdullah dan TPP Asrul Effandi bin Abdullah serta INSP Azhar bin Ismail. Audit dimulakan dengan sesi pembukaan di Bilik Mesyuarat Cempaka oleh PKP Shaharudin bin Ahmad dan Ketua Juruaudit PP Norul Hisyam bin Ismail. Seterusnya Audit Silang MS ISO 9001:2015 dengan menyemak dokumen dan fail-fail Urusetia MS ISO 9001:2015. Kemudian, audit silang dijalankan di semua unit dan Penutup Audit Silang diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka, diakhiri dengan sesi bergambar.