Pada 4 Oktober 2024 (Jumaat), Majlis Perasmian bagi Hari Sukan Negara Peringkat Prospek telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka PKP Mohd Idlan bin Jamil. Seramai (420) prospek , (30) pegawai dan kakitangan lain-lain pangkat telah terlibat untuk memeriahkan majlis. Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu telah dimulakan dengan perarakan masuk Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka PKP Mohd Idlan bin Jamil diringi oleh Timbalan Pengarah, PP Mohd Rehan bin Khamis, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan, Encik Mohamad Zahroni bin Dalgiri, pegawai dan kakitangan lain-lain pangkat. Seterusnya diselangi dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, bacaan Ikrar Hari Sukan dan bacaan doa. Untuk sambutan kali ini seramai (420) orang prospek telah melibatkan diri dalam pelbagai acara sukan seperti bola sepak, bola tampar, futsal, carrom, dam, catur, tarik tali dan sebagainya. Bagi acara indoor games, telah dimulakan pada 23 September 2024 dan penyampaian hadiah untuk pemenang telah disampaikan pada majlis perasmian tersebut. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan zumba dari prospek dan seterusnya diturutkan dengan acara gimik perasmian oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Tujuan program Hari Sukan Negara ini dilaksanakan adalah untuk mempromosikan aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi sebagai salah satu medium perpaduan mengikut konsep Malaysia Madani.