Pulau Pinang | 21 Oktober 2024 - Bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang telah berlangsung FORUM INTEGRITI CITRA MADANI, PERINGKAT ZON UTARA JABATAN PENJARA MALAYSIA TAHUN 2024. Seramai lebih kurang 130 orang kakitangan telah hadir yang terdiri daripada kakitangan penjara zon utara iaitu Negeri Perlis, Negeri Kedah, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Perak. Dengan tajuk “Integriti Teras Peradaban dan Pembangunan Organisasi”, forum ini telah dibarisi oleh 3 orang ahli panel iaitu Ustaz Irwan Aswandy Bin Asahaari (Penolong Mufti Kanan), Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Fuad Bee Bin Basrah (SPRM, Pulau Pinang), PP Muhammad Dzulhilman bin Roslan (Timbalan Pengarah, IPD Jelebu) dan fasilitator iaitu Ustaz Mohd. Firdaus bin Ahmad (Penjara Reman Pulau Pinang). Forum ini juga turut dihadiri oleh Yang Dihormati TKP Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi, Timbalan Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Penjara dan Yang Dihormati TKP, Charin Promwichit a/l Chem, Pengarah Penjara Negeri Perak.