Pulau Pinang | 21 Oktober 2024 – Bertempat di Dewan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang telah berlangsung Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang diantara YDH TKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi kepada YDH PKK Abd Rauf bin Lang Pasih. Majlis Serah & Terima Tugas ini telah yang telah disaksikan oleh YDH TKP Charin Promwichit a/l Chem, Pengarah Penjara Negeri Perak selaku wakil Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Aturcara dimulakan dengan Upacara Membawa Masuk Dokumen Serah Tugas & Tongkat Kuasa yang diketuai oleh Insp. Mohd. Nur Azam bin Mohd Nasir. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Upacara Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan simbolik Penyerahan Tongkat Kuasa. Didalam ucapan oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang yang baru, beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia, khususnya Komisioner Jeneral Penjara, kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin jabatan penjara diperingkat negeri sebagai pengarah. Beliau juga menaruh harapan penuh kepada seluruh warga penjara di Pulau Pinang agar bertugas dan bergerak sebagai satu pasukan dalam memastikan agenda transformasi jabatan dapat direalisasikan dengan jayanya.