Sesi Townhall Bahagian Agama Dan Kaunseling (Baka) Bersama Prospek Penjara Kajang telah diadakan pada hari Selasa, 22 Oktober 2024 di Surau at-Taqwa, Penjara Kajang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan ayat suci al-Quran. Sesi ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan pemulihan kerohanian dan koreksional psikologi dikalangan para prospek. Hadir sama ialah Encik Mohamad Shahmie Bin Shafii, Pegawai Psikologi BAKA IPPM, Ustaz Syed Nasrullah Bin Syed Hamid, Pegawai Hal Ehwal Islam BAKA IPPM, KIP Aminur Bin Ahmad Radzi Pegawai BAKA IPPM, TPP Muhammad Faris Bin Rusli, Ketua Seksyen Pemulihan Penjara Kajang dan Us Mohammad Hafiz Bin Bakren, Ketua Unit Agama Penjara Kajang.