Majlis Penutupan Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 16 Oktober 2024 di Surau Al-Hidayah Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Alunan Selawat dan Sesi Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Mohamad Idris Assyafie bin Mohd Zaki, Guru Agama, Madrasah At-Tazkiyyah Kampung Pinang, Perak. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada penghuni yang terlibat dalam Pertandingan-pertandingan Ilmiah sempena Maulidur Rasul iaitu Pertandingan Tulisan Jawi, Kuiz Maulidur Rasul dan Pertandingan Nasyid Solo yang telah diadakan sepanjang Rabiul Awal 1446H. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari yang melibatkan seramai 200 orang penghuni.










