Kuiz Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 11 September 2024 di Surau Al-Hidayah Penjara Taiping. Pertandingan ini diadakan bagi menguji tahap pengetahuan para penghuni berkaitan penguasaan Fardhu ‘Ain dan Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Pertandingan ini terbuka kepada semua penghuni beragama Islam. Hadiah kepada penghuni yang mendapat markah tertinggi akan disampaikan dalam Majlis Penutupan Sambutan Maulidur Rasul 1446H.










