Pada 29 September 2024 hingga 03 Oktober 2024, seramai (25) ODS telah menyertai Program Latihan Madani Scope Fasa Kedua Tahun 2024 (Kursus Malay Traditional Desserts and Frozen Food Course) yang dianjurkan oleh HRD Corp (Kementerian Sumber Manusia) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Syarikat Kita Worldwide telah berjaya dilaksanakan. Tenaga pengajar kursus tersebut ialah Puan Yusmalaily binti Yunus bersama (3) tenaga pengajar yang lain dari Syarikat Kita Worldwide. Dalam kursus tersebut, ODS telah didedahkan dengan asas-asas pembuatan dan penghasilan kuih-kuih tradisional dan makanan pencuci mulut (dessert) . Majlis penutup dan penyerahan sijil kepada peserta kursus telah diadakan pada 03 Oktober 2024, jam 9.00 pagi di Dewan PRP Kuala Muda Kedah dan disempurnakan oleh PP Abdul Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah PPP Azahari bin Malim, Ketua Bahagian Pemulihan Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Puan Noraini binti Zulkafli, Pengarah Syarikat Kita Worldwide dan INSP Azmir bin Saari selaku penyelaras program.










